Aku merupakan seorang guru yang bekerja di sekolah yang agak pedalaman di negeri perak. Motosikal ini merupakan nadi pengangkutan untuk ku setiap hari.
MAJU DAN MANTAP DARI SEGI TEKNOLOGI
Sebuah enjin 150cc yang berkuasa, transmisi 6 kelajuan yang lancar, sistem penyejukan SACS Suzuki dan banyak lagi ciri-ciri berinovasi membolehkan Suzuki Belang R150 mengatasi saingan dalam kategorinya.
DOHC / 4-Injap
Prestasi hebat Suzuki Belang R150 dihasilkan oleh enjin 150cc jenis DOHC dengan 4-Injap. “Double Overhead Camshafts” (DOHC) dan 4-injap adalah konfigurasi biasa untuk enjin yang digunakan untuk motosikal sport berprestasi tinggi. Konfigurasi jenis ini jauh lebih lancar apabila beroperasi pada kelajuan RPM enjin yang tinggi, bagi menghasilkan kuasa maksima dan juga penggunaan bahanapi yang optima.
Transmisi 6 Kelajuan
Untuk memastikan bahawa keseluruhan kuasa dan tork enjin 150cc ini dapat digunakan secara efektif, ianya dilengkapi dengan transmisi 6 kelajuan dengan pilihan nisbah gear yang menjaminkan cara tunggangan yang sportif namun lancar dalam pelbagai keadaan jalan dengan kelajuan maksima lebih tinggi.
Penyejukan Udara Dengan Teknologi SACS
Teknologi SACS ataupun Suzuki Advanced Cooling System berfungsi dengan menyembur minyak secara terus pada bahagian bawah omboh untuk penyejukan yang lebih efektif. Minyak ini akan disejukkan dengan mengunakan sebuah radiator penyejukan minyak untuk menghasilkan suhu operasi optima.
SCEM (Suzuki Composite Electrochemical Material)
Silinder aluminium dilapisi bahan yang nipis tetapi amat kuat ini.
SCEM membolehkan penghasilan enjin yang lebih ringan serta
lebih efisyen dalam pengurangan suhu enjin.
Suspensi Monoshock
Sesuai dengan pelbagai keadaan jalan serta memberi
penampilan lebih sporty.
Brek Cakera Depan Lebih Besar
Walaupun cakera brek berukuran 290mm untuk lebih kuasa hentian,
namun ianya tetap ringan dengan rekabentuk garispusat yang dikosongkan.
Brek Cakera Belakang Kompak
Brek jenis ‘racing’ ini mampu memberi daya kuasa hentian lebih sempurna.
SOFISTIKATED & MUDAH DI-OPERASI
Suzuki Belang R150 adalah motosikal generasi baru yang dicipta menggunakan teknologi terkini yang biasanya hanya boleh didapati pada model motosikal berkapasiti enjin yang lebih besar ataupun “superbike’.
Panel Meter Dinamik Dengan Skrin LCD
Suzuki Belang R150 dilengkapi dengan Speedometer Digital LCD yang senang dibaca, dan sebuah takometer analog yang besar dan bergaya sama seperti motosikal sports mewah Suzuki GSX-R1000.
Sistem “Suzuki Drive Mode Switch (SDMS)”
Sebuah sistem unik yang mempunyai 3 pilihan mod tunggangan yang dapat dipilih secara bergilir. Mod-mod ini adalah mod tunggangan biasa, mod tunggangan ekonomi dan mod tunggangan kuasa.
Mod Tunggangan Biasa -Mod ini adalah mod tunggangan biasa yang tidak mengutamakan ekonomi ataupun kuasa dan tidak menunjukkan tanda ECO / PWR.
Mod Tunggangan Ekonomi (ECO) - Mod ini digunakan untuk menyelaras penggunaan petrol pada kadar yang paling menjimatkan. Lampu penunjuk akan menyala secara otomatik bagi menandakan bahawa revolusi enjin berada pada tahap optima untuk penjimatan petrol.
Mod Tunggangan Power (PWR) - Mod ini digunakan untuk tunggangan agresif. Lampu penunjuk akan menyala secara otomatik bagi menandakan bahawa revolusi enjin berada pada tahap optima untuk daya kuasa pecutan maksima.
RINGAN DAN TAHAN LASAK
Penggunaan komponen aluminium secara ekstensif memberi banyak manfaat. Pertama, aluminium adalah ringan. Kedua, ianya kuat dan tahan lasak. Ketiga, ia memberi penampilan bermutu tinggi. Suzuki Belang R150 memiliki banyak komponen aluminium untuk memaksimakan kelebihan-kelebihan ini.
Rim Aluminium Alloy 10-Jejari
Di rekacipta untuk mencerminkan identiti motosikal sports Suzuki mewah,
rim yang ringan dan tahan lasak ini mampu memberi kestabilan
dan ketangkasan menunggang.
Pemegang Keselamatan Aluminium
Pemegang keselamatan aluminium yang ringan dan bergaya ini memberi penampilan yang bermutu tinggi kepada bahagian belakang Suzuki Belang R150.
Ganjal Kaki Aluminium
Ganjal kaki aluminium ini adalah jenis selot sama seperti yang digunakan pada motosikal sports mewah.
Suzuki Belang R150 didatangkan dalam variasi 2 warna iaitu kombinasi warna dwi-ton Autumn Red/New Titan Black serta Dark Grey/New Titan Black. Suzuki Belang R150 telah meletakkan satu tanda aras baru dalam segmen motosikal sports kategori pertengahan. Untuk tungganguji, sila kunjungi pengedar sah Suzuk yangi berdekatan anda atau hubungi Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd pada talian 03-5569 9258 untuk keterangan lanjut.
HARGA: RM7,570.00 http://salihinr.blogspot.com
Bersama ini aku sertakan serba sedikit spesifikasi mengenai motosikal Suzuki Belang R 150
SPECIFICATIONS | |
Engine type | 4-stroke, air-cooled, DOHC |
Bore (mm) | 62.0 |
Stroke (mm) | 48.8 |
Piston displacement (cm³) | 147 |
Compression ratio | 10.2 : 1 |
Carburetor | MIKUNI BS26SS |
Starter system | Electric & kick starter |
Lubrication system | Wet sump |
Clutch | Wet, multi-plate type |
Transmission | 6-speed |
Drive system | RK428HSB, 120 links |
Front suspension | Telescopic, coil spring, oil-damped |
Rear suspension | Swingarm type, coil spring, oil-damped |
Front brake | Disc brake |
Rear brake | Disc brake |
Front tire size | 70/90- 17 M/C 38P tube type |
Rear tire size | 80/90- 17 M/C 44P tube type |
Ignition type | Electronics ignition (CDI) |
Spark Plug | NGK CR8E or DENSO U24ESR-N |
Battery | 12V 20.5KC (5.7AH) / 10HR |
Headlight | 12V 32/32W + 18/18W |
Fuel tank | 4.9 litres |
Engine oil | Without filter change - 1,000ml With filter change - 1,100ml |
Overall length | 1,960 mm |
Overall width | 650 mm |
Overall height | 980 mm |
Wheel base | 1,280 mm |
Kerb Weight | 108 kg |
No comments:
Post a Comment